Impak Media Baru Kepada Komuniti Sosial
Teknologi komunikasi berkait rapat dengan pemeluasan ruang masyarakat sivil dan pemugaran demokrasi. Pada zaman globalisasi ini penyebaran maklumat adalah menggunakan media baru sebagai medium yang khusus, cepat dan mudah.
Kemajuan dalam teknologi komunikasi yang membawa kepada peningkatan penggunaan internet, telefon mudahalih dan sambungan tanpa wayar yang juga disebut sebagai media baru, memudahkan penyaluran maklumat secara cepat dan bebas. Ini meningkatkan lagi pengurusan jaringan sosial yang sistematik. Sebaliknya, muncul pula pelbagai teknologi baru bagi masyarakat sivil yang menggunakan teknologi komunikasi untuk menyebarkan idea-idea yang berlawanan dengan ideologi pengabsahan pemerintah dan mempopularkan faham demokrasi dan hak asasi manusia.
Kemunculan media baru memberi impak yang besar terhadap kehidupan manusia. Media baru secara langsung telah mengubah pola kehidupan masyarakat, budaya, cara berfikir dan hampir segala aspek dalam kehidupan manusia. Perkembangan media ini mendapat tanggapan yang pelbagai, ada yang positif dan ada yang negatif. Media baru adalah media yang memiliki 3 sifat utama iaitu integrasi, interaktif dan digital.
Perkembangan media baru telah mencetuskan kemunculan komunikasi dunia siber. Secara dasarnya, media baru merupakan internet kerana segala keperluan sosial masyarakat bermula dari informasi, media teks, radio, tv dan segala jenis media terkumpul di dalamnya. Sebagaimana yang kita ketahui, televisyen merupakan sejenis media komunikasi terkenal yang digunakan untuk memancarkan dan menerima gambar bergerak, sama ada monokrom (hitam putih) mahupun warna, lazimnya diiringi bunyi. Peti televisyen yang dijual sejak akhir 1930-an sudah menjadi salah satu alat penerima komunikasi utama dalam rumah, perniagaan dan institusi, khususnya sebagai sumber hiburan dan berita. Melalui televisyen, kita dapat mengetahui tentang perkara yang berlaku di sekeliling kita serta dunia luar. Kita juga dapat mengetahui serta mempelajari perkara baru menerusi rancangan yang disiarkan di televisyen.
Media baru atau internet yang muncul ini telah memberikan peluang kepada pengguna untuk memberikan atau berkongsi idea dan pandangan tentang sesuatu isu yang berlaku di sekeliling mereka. Terdapat pelbagai medium dalam internet yang membolehkan masyarakat menggunakan kemudahan internet secara maksimum dan tanpa had dalam proses demokrasi. Contohnya, kita boleh mencipta laman blog peribadi, terlibat dalam forum, email, video konfrens dan sebagainya. Melalui internet, masyarakat juga dapat mengetahui pelbagai maklumat tidak seperti media tradisional yang hanya terhad kepada maklumat-maklumat tertentu.
Kesimpulannya, media baru banyak memberi input yang berkesan kepada komuniti sosial. Hal ini demikian pelbagai perkara dapat digunakan oleh masyarakat dalam pengurusan harian bagi memudahkan segala urusan dengan berpandukan teknologi yang ada. Dengan perkembangan teknologi digital peningkatan jaringan kemudahan sama ada dari aspek pengurusan, perhubungan dan jaringan sosial.